ChatGPT kini guna pengetahuan syarikat dengan kawalan keselamatan
Menurut OpenAI, fungsi 'company knowledge' membenarkan ChatGPT mengakses konteks dari aplikasi syarikat anda untuk menjawab soalan yang lebih spesifik kepada perniagaan, lengkap dengan rujukan jelas. Ciri ini disertai kawalan pentadbir, privasi dan keselamatan, dan tersedia untuk pengguna Business, Enterprise dan Edu.