OpenAI lancar MuseNet untuk menjana muzik berasaskan transformer
OpenAI memperkenalkan MuseNet, rangkaian neural dalam yang boleh menjana komposisi muzik sehingga empat minit menggunakan 10 instrumen berbeza. Menurut OpenAI, MuseNet mempelajari harmoni, rentak dan gaya dengan meramal token seterusnya dalam ratusan ribu fail MIDI serta menggunakan teknologi transformer serupa GPT-2.