Algoritma AI jadi lebih cekap, penggunaan compute menurun sejak 2012
Analisis OpenAI menunjukkan sejak 2012 jumlah compute untuk melatih rangkaian neural mencapai prestasi ImageNet berkurang dua kali setiap 16 bulan. Berbanding 2012, kini diperlukan 44 kali kurang compute untuk mencapai tahap AlexNet, melebihi peningkatan 11x yang dijangka oleh Moore's Law.